Artikel

Jurulatih Malaysia, Tan Kim Her Kemudi Beregu India Sehingga Sukan Asia 2026

Kementerian Hal Ehwal Belia & Sukan India meluluskan perlantikan jurulatih kelahiran Malaysia, Tan Kim Her untuk mengemudi beregu Persatuan Badminton India (BAI) sehingga ke temasya Sukan Asia 2026.

Perkembangan menarik ini dikongsikan sendiri oleh pelbagai platform laman sosial milik badan induk badminton negara berkenaan, semalam.

Untuk makluman semua, perlantikan ini menjadikan jurulatih berusia 50 tahun ini kembali bergabung semula bersama BAI. Sebagai rekod, Kim Her sudah pernah terlibat dalam kejurulatihan negara berkenaan pada tahun 2015-2019 lalu.

Baca: Bekas Pengendali Beregu Wanita Negara Ketuai Kejurulatihan Badminton Filipina

Malahan, Kim Her merupakan indvidu yang bertanggungjawab menggandingkan Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty sewaktu itu. Kini, beregu lelaki yang diasaskan oleh Kim Her itu semakin meningkat dan menduduki ranking kelapan dunia.

Selepas bersama BAI, Kim Her mengubah haluan dengan membimbing beregu skuad kebangsaan negara matahari terbit, Jepun. 

Takuro Hoki & Yuta Watanabe

Impak daripada Kim Her membolehkan beregu campuran, Yuta Watanabe dan Arisa Higashino serta beregu lelaki, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi memenangi pingat perak dan emas masing-masing di Kejuaraan Dunia BWF 2021.

Sebagai rekod, selain India dan Jepun, Kim Her pernah memberikan khidmatnya dalam bidang kejurulatihan bersama pasukan England, Republik Korea dan juga Malaysia.

Featured Image: BWF

komen