Tiada aksi melibatkan pertembungan perseorangan muda negara yang kian meningkat, Ng Tze Yong menentang pemain No.2 Indonesia, Jonatan Christie akan disajikan di saingan Terbuka Jerman 2022.
Hal ini kerana Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memaklumkan pemain berusia 21 tahun itu mengalami sedikit kecederaan dan memerlukan masa untuk proses pemulihannya sekaligus menarik diri daripada kejohanan ini.
Baca: Tze Yong Diundi Menentang Pemain No.2 Indonesia Di Terbuka Jerman 2022
Ekoran itu, Tze Yong yang baru sahaja membantu skuad lelaki Malaysia memenangi saingan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di tanah air baru-baru ini, menarik diri daripada Terbuka Jerman.
Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM, Wong Choong Han memaklumkan pihaknya akan mengalihkan tumpuan terhadap Tze Yong untuk menyediakannya beraksi di satu lagi pentas Jelajah Dunia Super 300 BWF – Terbuka Swiss 2022 yang akan berlangsung pada penghujung bulan ini.
Featured Image: Badminton Asia & Instagram Jonatanchristieofficial