TMJ Mahu ‘Sponsor’ Kos Penukaran Rumput SNBJ Kepada Jenis Zeon Zoysia
March 10, 2022 Hafizuddin Omar

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) membuat keputusan untuk menaja kos penukaran rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Perkara tersebut dikongsikan baginda menerusi satu makluman di pelbagai platform media sosial pasukannya, hari ini. Tambah baginda, stadium yang menjadi ‘home’ buat skuad Harimau Malaya itu akan ditukar kepada rumput jenis ‘zeon zoysia’.

Baca: Stadium Larkin, Pasir Gudang & Pusat Latihan PSG Akan Dinaik Taraf Guna Rumput Zeon Zoysia

Ianya rumput jenis yang sama digunakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri yang menjadi gelanggang rasmi skuad Harimau Selatan.

“Saya telah mengarahkan pengurusan JDT untuk membantu Perbadanan Stadium Malaysia bagi memastikan Stadium Nasional tersebut mempunyai padang yang kualitinya layak untuk perlawanan bola sepak antarabangsa.”

“Bagaimanapun, saya ingin meminta pihak berkuasa stadium untuk memastikan padang itu dijaga dengan rapi dan semua penggunaan bukan sukan hanya dilakukan jikalau langkah-langkah yang sesuai telah dilakukan bagi memastikan padang tersebut tidak rosak.” tulis kenyataan di media sosial pasukan berkenaan.

Untuk makluman semua, pada ketika ini, padang di SNBJ menggunakan rumput jenis ‘cow grass’.

Featured Image: Perbadanan Stadium Malaysia / HRH Crown Prince of Johor / JOHOR Southern Tigers

Komen