Terbuka Jerman: Bekas Pemain No.1 Kento Momota Turut Tersingkir Di Pusingan 32
March 10, 2022 Hafizuddin Omar

Pentas kejohanan Terbuka Jerman 2022 menyaksikan bukan sahaja juara Kejohanan Dunia BWF 2021, Loh Kean Yew merangkap pemain di ranking ke-9 dunia yang terkandas di pusingan awal.

Antara pemain lain turut sama tersingkir di Pusingan 32 adalah bekas pemain No.1 dunia dari Jepun, Kento Momota merangkap pemain yang diletak sebagai pilihan kedua untuk menjuarai kejohanan ini.

Baca: Terbuka Jerman: Juara Dunia, Loh Kean Yew Kecundang Di Pusingan 32

Momota tersingkir ekoran ditumpaskan oleh pemain senegaranya, Kenta Nishimoto, awal pagi tadi. Lebih mengejutkan, Momota yang kini menghuni ranking kedua dunia tumpas secara ‘straight set’ kepada Nishimoto dengan keputusan 21-23 dan 9-21 dalam tempoh masa 45 minit.

Sebagai rekod, Momota dan Nishimoto telah bertemu sebanyak empat kali sebelum ini. Tiga daripada empat pertemuan tersebut dimenangi oleh Momota dengan mudah secara ‘straight set’.

Sementara itu, Nishimoto yang meraih kemenangan ini akan meneruskan kemaraan ke Pusingan 16. Lawannya di pusingan itu adalah Brian Yang, pemain Kanada yang mengalahkan Loh Kean Yew di Pusingan 32.

Komen