Artikel

All England 2022: Perseorangan Muda India Singkir Pemain No.3 Dunia Pada Pusingan 16

Satu kejutan dilakar di Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022 apabila pemain No.3 dunia, Anders Antonsen tersingkir di Pusingan 16 sekaligus gagal mara ke peringkat suku akhir.

Pemain yang turut diletakkan sebagai pilihan ketiga untuk menjuarai saingan Jelajah Dunia Super 1000 BWF ini disingkirkan oleh perseorangan muda India, Lakshya Sen yang berusia 20 tahun.

Lebih mengejutkan, Antonsen tumpas secara ‘straight set’ kepada Lakshya dengan skor 16-21 dan 18-21 dalam tempoh sama permainan yang menghampiri satu jam.

Baca: Terbuka Jerman – Pemain India Singkir Pemenang Olimpik, Viktor Axelsen Di Separuh Akhir

Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pemain dari Denmark dan India di pentas antarabangsa.

Sementara itu, Lakshya yang melangkah ke suku akhir bakal berhadapan dengan pemain China yang berada di ranking ke-27 dunia, Lu Guang Zu. Pemain ini mara selepas menundukkan pemain pilihan kelapan, Ng Ka Long Angus juga secara ‘straight set’ di Pusingan 16.

komen