Beregu No.3 BAM Terlepas Saingan Terbuka Swiss – Kai Wun Alami Kecederaan
March 22, 2022 Hafizuddin Omar

Pasangan beregu lelaki ketiga yang berada di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Man Wei Chong dan Tee Kai Wun tidak akan mengambil bahagian dalam saingan Terbuka Swiss 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF.

Walaupun nama mereka telah didaftarkan di kejohanan terbabit, pasangan yang menghuni ranking ke-45 dunia itu terpaksa menarik diri ekoran salah salah seorang daripadanya iaitu Tee Kai Wun mengalami kecederaan.

Baca – All England 2022: Juara Dunia Perlukan Lebih Sejam Tundukkan Beregu Muda Wei Chong-Kai Wun

Perkara tersebut dikongsikan oleh BAM menerusi balasan komen di pelbagai platform media sosialnya, lewat tengah malam tadi.

Dengan penarikan diri mereka, hanya dua beregu BAM yang akan beraksi di pentas tersebut iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik (pilihan ke-2) dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin (pilihan ke-8).

Sementara itu, dua lagi beregu dari Malaysia terdiri daripada pasangan bebas (independent) iaitu Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (pilihan ke-6) dan Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong.

Untuk makluman semua, kejohanan ini berlangsung di St. Jakobshalle, Basel bermula 22 hingga 27 Mac dengan para pemain akan merebut ganjaran wang tunai bernilai 200,000 dolar Amerika Syarikat secara terkumpul.

Komen