Beregu muda Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana yang memenangi Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022 tersingkir awal daripada kejohanan Terbuka Swiss, minggu ini.
Pemain yang berusia 22 dan 23 tahun masing-masing ini dikejutkan oleh beregu India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty pada perlawanan di Pusingan 32, semalam.
YONEX Swiss Open 2022
MD – Round of 32
🇮🇳Satwiksairaj RANKIREDDY🏅
17 21 21 🇮🇳Chirag SHETTY🏅
21 11 18 🇮🇩Muhammad Shohibul FIKRI
🇮🇩Bagas MAULANA🕗 in 58 minutes
https://t.co/iMzFgNmHbx— BWFScore (@BWFScore) March 23, 2022
Baca: Beregu Muda Indonesia Fikri-Maulana Kalahkan The Daddies Untuk Muncul Juara All England 2022
Fikri-Bagas tumpas menerusi tiga set pertarungan di tangan beregu ketujuh dunia itu dengan keputusan 21-17, 11-21 dan 18-21 dalam tempoh masa permainan yang menghampiri satu jam.
Untuk rekod, ini merupakan pertarungan sulung melibatkan Fikri-Bagas dan Satwiksairaj-Chirag di pentas kejohanan antarabangsa.
Sementara itu, Satwiksairaj-Chirag yang dapat mara ke Pusingan 16 bakal berhadapan dengan satu lagi beregu dari Indonesia iaitu Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan (ranking ke-23 dunia).
Featured Image: Badminton Asia