Badan induk badminton negara jiran tetangga, Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI) mengesahkan mendapatkan khidmat bekas jurulatih beregu lelaki Malaysia, Flandy Limpele.
Terdahulu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan Flandy berundur dan menolak kontrak lanjutan sekaligus berpisah dengan skuad kebangsaan Malaysia selepas dua tahun berkhidmat.
Baca: Jurulatih Beregu Flandy Limpele Berpisah Dengan BAM Selepas 2 Tahun
Pelatnas PBSI resmi mengontrak Flandy Limpele sebagai pelatih sektor ganda campuran. Flandy akan bergabung per bulan April 2022 ini. pic.twitter.com/ZisEnlkcPD
— BADMINTON INDONESIA (@INABadminton) March 28, 2022
Menerusi satu kenyataan rasmi oleh PBSI, petang tadi, jurulatih berusia 48 tahun kelahiran Sulawesi itu akan mula menyertai skuad kebangsaan Indonesia bermula April kelak sebagai jurulatih beregu campuran.
Sebagai rekod, sebelum mula melatih beregu lelaki Malaysia sekitar tahun 2020, Flandy terlibat dalam melatih beregu lelaki skuad kebangsaan India terutamanya pasangan Chirag Shetty dan Satwiksairaj Rankireddy – kini menghuni ranking No.7 dunia.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia