Artikel

Orleans Masters: Gandingan Baharu Roy King-Mei Xing Cetak Kemenangan Pertama Atasi Beregu Denmark

Sepasang gandingan campuran baharu yang dibentuk oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Yap Roy King dan Teoh Mei Xing berhasil mencetak kemenangan sulung di pentas antarabangsa.

Kemenangan tersebut dicetak dengan menewaskan beregu Denmark, Mads Vestegaard dan Natasja P. Anthonisen di Pusingan 32 dalam saingan Orleans Masters 2022 yang berlangsung sebentar sahaja tadi.

Artikel Berkaitan- Orleans Masters: Mei Xing Digandingkan Bersama Roy King Dalam Acara Beregu Campuran

Lebih menggembirakan, kemenangan tersebut diraih secara ‘straight set’ dengan skor 24-22 dan 21-15 dalam tempoh pertarungan yang memakan masa setengah jam permainan.

Dengan kemenangan ini, Roy King-Mei Xing dapat meneruskan kemaraan ke Pusingan 16 di saingan berstatus Jelajah Super 100 BWF ini.

Menanti mereka di peringkat tersebut adalah samada beregu campuran dari India atau Singapura.

komen