Kejayaan beregu lelaki muda negara, Wan Arif Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri mara ke pentas akhir saingan Orleans Masters 2022 menghadiahkan mereka kenaikan ranking sebanyak 25 anak tangga pada hari ini.
Berdasarkan kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), beregu yang mendapat julukan ‘Patatimo Boys’ diletakkan sebagai penghuni ranking ke-78 dunia untuk minggu ke-10 ini.
Untuk makluman semua, Arif dan Haikal yang merupakan kelahiran Terengganu dan Kelantan masing-masing ini menduduki ranking ke-103 dunia pada minggu lalu.
Baca: Beregu Kidal ‘Patatimo Boys’ Sasar Pecah Masuk Kelompok 50 Terbaik Dunia Tahun Ini
Walaupun mara ke pentas akhir, sedikit kerugian terpaksa ditanggung oleh Arif-Haikal kerana terlepas peluang untuk beraksi pada perlawanan tersebut. Selain itu, mereka juga terlepas peluang untuk merangkul kejuaraan saingan berstatus Jelajah Super 100 BWF.
Ianya gara-gara salah seorang daripada beregu ini iaitu Haikal disahkan dijangkiti Covid-19 sebelum perlawanan berlangsung.
Sementara itu, sepasang lagi beregu lelaki muda negara, Chang Yee Jun dan Yap Roy King yang turut mengambil bahagian dalam saingan Orleans Masters juga merekodkan peningkatan yang memberangsangkan.
Sebanyak 42 anak tangga berhasil dilangkau oleh Yee Jun-Roy King menjadikan mereka menghuni tangga ke-155 dunia, pada minggu ini.
Manakala untuk beregu lelaki utama negara yang lain tidak merekodkan sebarang perubahan. Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kekal di tangga kelapan dunia diikuti oleh Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi di tangga ke-11.
Di tangga ke-16 adalah Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin serta di tangga ke-44 pula adalah Man Wei Chong dan Tee Kai Wun.
[box]
Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.
Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:
1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.
2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.
3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.
[/box]
Featured Image: Badminton Association of Malaysia