Terbuka Korea: Gon Jin Wei Ke Suku Akhir & Berkemungkinan Menentang Pemain No.1 China
April 7, 2022 Hafizuddin Omar

Perseorangan wanita bebas (independent) negara, Goh Jin Wei meneruskan rentak kemenangannya di Pusingan 16 dalam saingan Terbuka Korea 2022, pada hari ini.

Jin Wei yang kembali beraksi selepas ‘berehat’ hampir setahun meraih kemenangan tersebut dengan menumpaskan pemain Korea, Lee Se-yeon yang berada di ranking ke-187 dunia. 

Kemenangan itu dicapai setelah bertarung tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-17, 17-21 dan 21-12 dalam tempoh masa menghampiri satu jam.

Baca: Goh Jin Wei Raih Kemenangan Pertama Selepas ‘Rehat’ Hampir 10 Bulan

Dengan kemenangan ini, Jin Wei berhasil meneruskan kemaraannya dalam saingan Jelajah Dunia Super 500 BWF ini ke peringkat suku akhir.

Sementara itu, Jin Wei berkemungkinan besar akan bertemu perseorangan wanita No.1 China merangkap pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020, Chen Yufei di peringkat tersebut.

Bagaimanapun, Yufei perlu melepasi peringkat Pusingan 16 terlebih dahulu dengan menumpaskan pemain Korea, Kim Gaeun yang menghuni ranking ke-20 dunia, sebentar lagi.

[box]

Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.

Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:

1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.

2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.

3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.

[/box]

Featured Image: Instagram Goh Jin Wei

Komen