Dua perseorangan bebas (independent) lelaki negara bertembung sesama sendiri di pentas separuh akhir Terbuka Thailand 2022 – Jelajah Dunia Super 500 BWF – pada hari esok.
Pertembungan itu terhasil selepas pemain No.6 dunia, Lee Zii Jia berjaya menumpaskan pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito dengan pungutan mata 21-10, 14-21 dan 21-16 dalam tempoh masa menghampiri satu jam permainan, sebentar tadi.
GR TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2022
MS – Quarter final
21 14 21 🇲🇾Zii Jia LEE🏅
10 21 16 🇮🇩Shesar Hiren RHUSTAVITO🕗 in 56 minutes
https://t.co/y2Qw4PxwnT— BWFScore (@BWFScore) May 20, 2022
Manakala, Liew Daren yang terlebih dahulu mengesahkan kemaraan ke peringkat yang sama mengalahkan pemain China, Zhao Jun Peng juga menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-10, 19-21 dan 21-19.
Baca: Liew Daren Jejak Pentas Semi-final Yang Pertama Selepas 2 Tahun
Bercakap mengenai pertembungan antara Zii Jia dan Daren ini, kedua-dua pemain hanya pernah berentap sebanyak satu kali sahaja, sebelum ini. Pertemuan itu berlangsung di dalam kejohanan Terbuka Denmark pada tahun lalu.
Dalam perlawanan tersebut, Zii Jia berjaya merakamkan kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-11 dan 21-14 dalam tempoh masa setengah jam.
Sebagai tambahan, menariknya, Daren yang berusia 34 tahun ini juga merupakan “sparring partner” kepada Zii Jia pada ketika ini. Kedua-duanya bernaung di bawah Lee Zii Jia Badminton Club yang ditubuhkan oleh Zii Jia, pada tahun ini.
Featured Image: Badminton Asia & Badminton Association of Malaysia