Pasukan yang bersaing dalam kancah Liga Premier, Perak FC menampilkan sebuah logo baharu selepas diambil alih syarikat telekomunikasi, XOX Berhad.
Logo baharu ini hadir dengan rekaan berbentuk perisai bulat, diwarnai dengan warna tradisi mereka putih, kuning dan hitam serta dihiasi dengan lukisan kecil maskot yang cukup sinonim dengan pasukan ini iaitu seladang.
Pengenalan logo baharu ini dikongsikan sendiri oleh Perak FC menerusi satu klip video berdurasi 14 saat di pelbagai platform media sosialnya, semalam.
Tunggu apa lagi yob!!
Era Baru Semangat Baru
Jommm penuhkan stadium keramat kita
🤍💛🖤#PerakFC#XOXMalaysia#onexox#RiseAsOne#BangkitSemula pic.twitter.com/uYUSS8MGAa
— Perak Football Club (@perakfcofficial) June 6, 2022
Perak FC turut menyatakan penukaran logo baharu ini menandakan era baharu serta semangat baharu selepas diambil alih XOX menerusi anak syarikatnya, XOX Pro Sport Sdn Bhd.
Baca: Anak Syarikat XOX Berhad Beli Perak FC Dengan Nilai RM1 Sahaja
Selain daripada menampilkan logo baharu, penghujung Mei lalu, Perak FC turut mengumumkan melantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) interim yang baharu iaitu Bobie Farid Shamsuddin menggantikan Yunus Zakariah.
Untuk makluman semua, ini merupakan kali kedua pasukan yang berpangkalan di Bandaraya Ipoh ini mengumumkan penukaran logonya pada tahun ini.
Awal Januari lalu, Perak FC turut mengumumkan logo baharu setelah diambil alih oleh Impact Media & Communication Sdn Bhd.
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!