Menteri Arah Kerja Baik Pulih Padang & Fasiliti SNBJ Bermula Esok
June 14, 2022 Hafizuddin Omar

Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengarahkan kerja-kerja baik pulih  Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dimulakan dengan segera iaitu bermula 15 Jun (esok).

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Azumu menegaskan KBS memandang serius isu kualiti padang serta fasiliti SNBJ dan tidak boleh terus memperjudikan maruah negara dengan melengahkan lagi tindakan sewajarnya.

Baca: Penukaran Padang SNBJ Bermula Suku Pertama Tahun 2023

“Keperluan baik pulih dan penambahbaikan adalah amat mendesak dan tidak boleh ditangguhkan,” katanya.

“Dengan ini, KBS ingin memaklumkan bahawa SNBJ akan mula ditutup mulai Rabu, 15 Jun 2022 bagi kerja baik pulih dimulakan,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) memaklumkan merancang untuk menutup SNBJ pada Mac tahun hadapan bagi memulakan kerja baik pulih terutamanya melibatkan penukaran permukaan padang.

Featured Image: Facebook Faizal Azumu

 

Komen