Kejuaraan B-19 AFF: 10 Pemain ‘Reserved Team’ Selangor Barisi Skuad Negara
July 1, 2022 Hafizuddin Omar

Kejuaraan Bawah 19 Tahun (B-19) AFF yang berlangsung di Jakarta, Indonesia bakal membuka tirainya pada hari esok dan skuad negara bimbingan Hassan Sazali Mohd Waras membawa 25 pemain bagi menghadapi saingan ini.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), seramai sepuluh pemain dipilih adalah daripada skuad simpanan, Selangor 2.

Pemain-pemain tersebut ialah Syahmi Adib, Fakrul Azeez, Azannis Adzri, Abdul Rahman Daud, Alif Farhan, Izrin Ibrahim, Haiqal Haqeemi, Aliff Izwan, Faiz Amer Runnizar dan Danish Irfan.

Baca – Kejuaraan B-19 AFF: Separuh Akhir Sasaran Diletakkan FAM Buat Skuad Negara

Manakala enam pemain pula datangnya daripada skuad simpanan, JDT II dan skuad bawah 21 tahun (B-21), JDT III. Mereka ialah Aysar Hadi, Adam Farhan, Zulhilmi Sharani, Adam Daniel, Ziad El Basheer dan Najmudin Akmal.

Sementara itu, empat pemain dipilih merupakan daripada pasukan Skuad Projek FAM-MSN iaitu Adli Ahamad, Muhamad Ubaidullah, Haikal Sahar dan Aizat Aiman.

Akhir sekali, melengkapkan senarai skuad 25 pemain ini adalah tiga pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) B-17, Muhammad Zuryhakim, Adam Haikal, Haykal Danish serta seorang pemain Kuala Lumpur City FC dan kelab luar negara, Red Star Belgrade masing-masing iaitu Haqimi Azim dan Omar Raiyan.

Skuad negara akan memulakan kempen Kejuaraan B-19 AFF peringkat Kumpulan B dengan menentang Kemboja (5 Julai) diikuti Singapura (7 Julai), Timor Leste (9 Julai) dan Laos (11 Julai).

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen