Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Mochamad Iriawan mengulangi pendiriannya untuk meneruskan proses naturalisasi pemain kelahiran Sepanyol, Jordi Amat menjadi warganegara Indonesia.
Iriawan atau turut dikenali sebagai Iwan Bule mengulangi pendiriannya terhadap pemain yang kini menjadi bek baharu bagi skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi satu makluman yang dikongsikan di pelbagai platform laman sosialnya, hari ini.
“Setelah kami diskusikan kembali, saya dan PSSI tetap melanjutkan proses naturalisasi Jordi Amat, sesuai arah Coach Shin Tae-yong.
“Meski Jordi sudah tergabung dengan salah satu kelab bola sepak di Malaysia, talenta (bakat) dia tetap dibutuhkan untuk menambah kekuatan di lini belakang.” katanya.
Setelah kami diskusikan kembali, saya dan @PSSI tetap melanjutkan proses naturalisasi Jordi Amat, sesuai arahan Coach Shin Tae-Yong. Meski Jordi sudah tergabung dengan salah satu klub sepak bola di Malaysia, talenta dia tetap dibutuhkan untuk menambah kekuatan di lini belakang. pic.twitter.com/3LygZfg7CC
— Mochamad Iriawan (Iwan Bule) (@IriawanIwanBule) July 4, 2022
Baca: Jordi Amat Muncul Pemain Paling Mahal Liga Malaysia – Bernilai RM4.6 Juta
Untuk makluman semua, semalam, laman sesawang rasmi PSSI mengeluarkan satu kenyataan bahawa ketua jurulatih skuad Garuda, Coach Shin Tae-yong sangat memerlukan khidmat pemain berusia 30 tahun ini dibahagian pertahanannya.
Justeru, jurulatih kelahiran Korea itu turut menulis surat kepada badan induk bola sepak Indonesia meminta agar dilanjutkan proses naturalisasi bekas pemain Swansea dan Rayo Vallecano ini biarpun dia telah diikat oleh JDT.
Terdahulu, sebahagian peminat dan penyokong skuad Garuda menuntut agar PSSI tidak perlu meneruskan proses naturalisasi Jordi apabila dia berhijrah menyertai JDT.
Ini berikutan sebahagian peminat dan penyokong ini berpandangan prestasi Jordi akan menurun apabila meninggalkan kancah bola sepak di benua eropah yang ternyata lebih baik berbanding kancah Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC yang disertai oleh JDT.
Sebagai tambahan, sekiranya proses naturalisasi Jordi selesai dan mendapat kewarganegaraan Indonesia, JDT dapat mendaftarkan pemain ini sebagai pemain import kuota ASEAN atau asia untuk saingan Liga Malaysia.
Featured Image: JOHOR Southern Tigers & PSSI