Skuad negara bawah 19 tahun (B-19) memulakan kempen Kejuaraan B-19 AFF 2022 dengan langkah kanan.
Ini selepas skuad bimbingan Hassan Sazali Waras berhasil merekodkan kemenangan 2-1 ke atas Kemboja dalam perlawanan sulung peringkat Kumpulan B, sebentar tadi.
Kemenangan tersebut hasil sumbangan jaringan oleh Najmuddin Akmal Kamal Akmal dan Haiqal Haqeemi Hairi pada babak pertama iaitu minit 13’ dan 30’ masing-masing.
Keputusan Masa Penuh
Kejuaraan B-19 AFF 2022 | Selasa, 5 Julai 2022
KEMBOJA 🇰🇭 1-2 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ Chanvibol Davit 56'
⚽️ Najmudin Akmal Kamal Akmal 13' Haiqal Haqeemi Hairi 30'Kredit Foto: AFF#FAM #HarimauMalaya #AFFU19 pic.twitter.com/e4eXAJnBkO
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 5, 2022
Baca – Kejuaraan B-19 AFF: Separuh Akhir Sasaran Diletakkan FAM Buat Skuad Negara
Manakala Kemboja pula sekadar mendapatkan satu jaringan saguhati menerusi Chanvibol Davit pada awal babak kedua iaitu minit 55’.
Kemenangan ini juga membolehkan Malaysia membolot tiga mata pertama dalam saingan dwitahun anjuran Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) ini.
Untuk perlawanan berikutnya, skuad negara akan berhadapan dengan pasukan dari negara seberang tambak, Singapura pada 7 Julai kelak.
Featured Image: AFF