Beregu campuran bebas (independent) negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai bakal menentang pasangan No.1 dunia, Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong di suku akhir Malaysia Masters 2022.
Pertembungan itu bakal berlangsung selepas Soon Huat-Shevon melayakkan diri ke peringkat tersebut setelah menumpaskan beregu Indonesia, Hafiz Faizal dan Serena Kani di Pusingan 16, sebentar tadi.
Dalam pertarungan tersebut, Soon Huat-Shevon berjaya merakamkan kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-15 dan 22-20 dalam tempoh masa 39 minit.
PERODUA Malaysia Masters 2022
XD – Round of 16
🇲🇾Shevon Jemie LAI🏅
21 22 🇲🇾Soon Huat GOH🏅
15 20 🇮🇩Hafiz FAIZAL
🇮🇩Serena KANI🕗 in 39 minutes
— Badminton Lovers Zone (@BLZonee) July 7, 2022
Baca: Beregu Campuran No.1 Dunia Menangi Terbuka Malaysia – Kejuaraan Kelima Berturut-turut
Sementara itu, Si Wei-Ya Qiong yang merupakan juara Terbuka Malaysia pada minggu lalu pula mara selepas menyingkirkan beregu Malaysia, Chan Peng Soon dan Cheah Yee See secara “straight set” 21-12 dan 21-15, hari ini.
Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini, Soon Huat-Shevon belum pernah meraih sebarang kemenangan berhadapan Si Wei-Ya Qiong di pentas antarabangsa.
Mereka tumpas keenam-enam pertembungan menentang pasangan dari negara tembok besar ini.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia