Perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei terus-menerus mencatatkan peningkatan dalam kedudukan ranking dunianya sejak menyambung kembali karier badmintonnya pada Januari lalu.
Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pemain berusia 22 tahun ini kembali meletakkan dirinya dalam kelompok 60 pemain terbaik dunia selepas dua tahun setengah.
Baca: Goh Jin Wei Umum Sambung Karier Badminton Sebagai ‘Independent Player’
Kemaskini pada hari ini menunjukkan Jin Wei merekodkan peningkatan sebanyak 11 anak tangga selepas mengharungi saingan Malaysia Masters, minggu lalu. Peningkatan tersebut meletakkannya di tangga ke-58 dunia untuk minggu ini.
Untuk makluman semua, kali terakhir Jin Wei menduduki kelompok tersebut adalah pada awal Januari 2020 dimana dia berada di tangga ke-54 dunia.
Sementara itu, tiada sebarang perubahan dalam kedudukan dunia terhadap perseorangan wanita negara yang lain seperti Soniia Cheah, Kisona Selvaduray, Eoon Qi Xuan, Myisha Mohd Khairul, Siti Nurshuhaini dimana mereka kekal di tangga ke-40, ke-54, ke-127, ke-230 dan ke-241 masing-masing.
Featured Image: Badminton Association of Thailand