Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memaklumkan sebanyak empat negara berminat untuk menggantikan China bagi menjadi tuan rumah bagi kejohanan Piala Asia 2023.
Perkara ini disahkan selepas badan induk berkenaan mengumumkan menerima Pelawaan Tunjuk Minat (EoI) daripada empat buah negara iaitu Indonesia, Korea, Australia dan Qatar.
Baca: China Tak Dapat Jadi Tuan Rumah Piala Asia 2023 Ekoran Covid-19
4️⃣ Member Associations express interest in hosting #AsianCup2023!
🇦🇺 Australia
🇮🇩 Indonesia
🇰🇷 Korea Republic
🇶🇦 Qatarhttps://t.co/imZzplPCgW— #AsianCup2023 (@afcasiancup) July 18, 2022
Baca: Harimau Malaya Mara Ke Saingan Piala Asia Secara Merit Selepas 42 Tahun
Perkara tersebut dikongsikan oleh AFC menerusi satu kenyataan di laman sesawang dan pelbagai platform media sosial rasminya, pada hari ini.
Selepas daripada ini, keempat-empat negara yang telah menghantar EoI ini telah menerima syarat-syarat bidaan oleh AFC, semalam. Seterusnya, meraka akan menghantar dokumen bidaan kepada AFC yang mana tarikh akhirnya ditetapkan pada 31 Ogos 2022.
Kemudiannya, pihak AFC akan membuat penilaian terhadap bidaan terbabit untuk memilih negara yang akan menjadi hos. Pada masa yang sama, AFC memaklumkan akan mengumumkan hos baharu itu pada 17 Oktober kelak.
Featured Image: AFC