Majlis Olimpik Asia (OCA) mengumumkan tarikh baharu penganjuran Sukan Asia Ke-19 yang akan berlangsung di Hangzhou, China.
Menerusi satu kenyataan media pada hari ini, temasya tersebut akan dianjurkan bermula 23 September hingga 8 Oktober 2023.
Untuk makluman semua, temasya ini sepatutnya dilangsung pada 10 hingga 25 September pada tahun ini.
Folks, pick up your planners… The new dates for the 19th Asian Games have finally been announced! 📢📢
The highly-anticipated event will now be held in Hangzhou from 23rd September to 8th October in 2023.#AsianGames #AG2022 #Announcement #Hangzhou @19thAGofficial pic.twitter.com/MpbZFqK058— Olympic Council of Asia (@AsianGamesOCA) July 19, 2022
Baca: Majlis Olimpik Asia Umum Tunda Sukan Asia Ekoran Situasi Covid-19 Di China
Bagaimanapun, OCA serta Majlis Olimpik China (COC) dan Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Hangzhou (HAGOC) mengumumkan penundaan pada awal Mei lalu berikutan situasi semasa dan peningkatan kes Covid-19 di China pada ketika itu.
Tambah kenyataan itu lagi, pengumuman tarikh baharu ini disyorkan oleh pasukan petugas khas selepas mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak agar tidak mempunyai konflik dengan acara sukan antarabangsa lain sejak dua bulan lalu.