Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak menunggu lama untuk mengumumkan kedatangan ketua jurulatih yang baharu selepas berpisah dengan Benjamin Mora, semalam.
Menerusi pengumuman di pelbagai laman sosialnya pada hari ini, seorang individu kelahiran Rosario, Argentina yang berusia 54 tahun, Hector Bidoglio menjadi ketua jurulatih baharu mereka berkuat kuasa serta merta.
Walaupun lahir di Argentina, Hector merupakan pemain skuad kebangsaan Venezuela dimana dia sempat tampil sebanyak 23 kali bersama pasukan ini sekitar tahun 1999 hingga 2000.
WELCOME HECTOR BIDOGLIO!
Johor Darul Ta'zim FC are pleased to announce former Venezuelan international Hector Bidoglio as the new Southern Tigers head coach effective immediately.
More photos at https://t.co/QsypEezu2Z
[1/3] pic.twitter.com/60OoF424BP
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) July 28, 2022
Bercakap mengenai karier kejurulatihannya, Hector mula menjadi penolong ketua jurulatih di sebuah kelab yang tidak kurang terkenalnya dalam dunia bola sepak iaitu Newell’s Old Boys.
Pada tahun 2018, dia dilantik sebagai ketua jurulatih kelab berkenaan sebelum berhijrah ke kelab yang berpangkalan di Peru dan Ecuador.
Menurut makluman daripada skuad Harimau Selatan, selain daripada menimba ilmu di pelbagai kelab Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Sevilla dan Real Betis, Hector juga turut berguru dengan pengurus tersohor iaitu Marcelo Bielsa ketika bersama-sama dalam skuad kebangsaan Chile pada tahun 2009.
Dengan perlantikan ini, Hector akan mengemudi JDT untuk mengharungi baki saingan Liga Super, peringkat separuh akhir Piala Malaysia, pusingan kalah mata Liga Juara-Juara AFC dan saingan Piala Malaysia pada penghujung musim ini.
Featured Image: Newell’s Old Boys & JOHOR Southern Tigers