Kejohanan Badminton Asia (BAC) akan dilangsungkan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) selama lima tahun berturut-turut bermula tahun 2023 hingga 2027.
Perkembangan tersebut terhasil selepas badan induk, Badminton Asia telah menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat pengurusan sukan dan konsultan berpangkalan di Dubai, Beyond Boundaries, bulan lepas.
Badminton Asia and Beyond Boundaries have signed an agreement to move forward on the intentions to hold Badminton Asia tournaments in Dubai for the next 5 years starting 2023.
Read more in our latest article: https://t.co/cE7FWg827N#Badminton #BadmintonAsia pic.twitter.com/HxFjNyABx7
— Badminton Asia (@Badminton_Asia) June 28, 2022
Perjanjian ini menjadikan Dubai termasuk semenanjung arab menjadi penganjur kejohanan benua yang setaraf dengan Jelajah Dunia Super 1000 itu buat pertama kali.
Untuk rekod, kejohanan tahun ini dilangsungkan di Manila, Filipina dan jaguh badminton negara, Lee Zii Jia muncul juara bagi kategori perseorangan lelaki pada awal Mei lalu.
Sebagai tambahan, Kejohanan Badminton Asia julung kali diadakan pada tahun 1962 di Kuala Lumpur, Malaysia. Namun demikian, bermula tahun 1991, ianya dilangsungkan setiap tahun kecuali pada tahun 2020 dan 2021 ekoran pandemik Covid-19.