Pasukan Amerika Selatan Ranking Ke-81 Dunia Dikaitkan Sertai King’s Cup
July 29, 2022 Hafizuddin Omar

Kejohanan jemputan antarabangsa yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), King’s Cup pada September nanti dikhabarkan akan disertai oleh sebuah pasukan dari rantau Amerika Selatan.

Menerusi satu perkongsian oleh akaun media sosial berkaitan bola sepak di Thailand, All Things Thai Football menyatakan saingan empat penjuru itu berkemungkinan akan disertai Bolivia disamping tuan rumah dan skuad Harimau Malaya.

Baca: Tiada Kelibat Chanatip Songkrasin Dalam Saingan King’s Cup & Piala AFF

Bagaimanapun, penglibatan pasukan yang menghuni ranking ke-81 dunia itu belum dapat disahkan lagi dan ianya masih di peringkat khabar angin. Sementara itu, sebuah lagi pasukan yang akan mengambil bahagian adalah dari benua asia sendiri.

Setakat ini pihak FAT belum mengeluarkan sebarang senarai rasmi skuad kebangsaan yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini. 

Namun begitu, pihaknya telah mengesahkan venue bagi King’s Cup dimana ia akan dilangsungkan di 700th Anniversary Stadium yang terletak di Chiang Mai. Ianya dijadualkan berlangsung antara 22 hingga 25 September kelak.

Featured Image: La Verde

Komen