Bekas Peledak JDT, Jorge Pereyra Diaz Sertai Kelab Bawah Naungan Pemilik Man City
August 5, 2022 Hafizuddin Omar

Bekas peledak Johor Darul Ta’zim (JDT) suatu masa dahulu, Jorge Pereyra Diaz nampaknya meneruskan karier bola sepaknya bersama sebuah kelab yang bernaung di bawah pemilik Manchester City (Man City) – City Football Group (CFG).

Menerusi satu makluman, penyerang kelahiran Argentina yang berusia 32 tahun itu diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain baharu Mumbai City FC yang beraksi dalam kancah Liga Super India (ISL).

Baca: Pemilik Man City, CFG Ambil Alih Satu Lagi Kelab – Palermo FC

Dimaklumkan, kelab yang dibeli oleh CFG pada November 2019 itu mengikat khidmat Diaz dengan kontrak selama setahun dimana dia akan menyarung jersi skuad berjulukan The Islanders itu sehingga Mei 2023.

Untuk pengetahuan semua, Diaz mula beraksi dalam kancah bola sepak India bermula musim lepas bersama Kerala Blasters. Dia berhasil mencetak 8 gol bersama kelab ini dan membantu skuad Manjappada muncul naib juara ISL 2021-22.

Sebagai tambahan, ketika beraksi bersama JDT suatu masa dahulu, Diaz pernah menggegarkan saingan Liga Malaysia dan membantu skuad Harimau Selatan menjuarai Liga Super (2014, 2016), Piala FA (2016) serta Piala Sumbangsih (2015, 2016 dan 2018).

Featured Image: Mumbai City FC

Komen