Artikel

Sukan Komanwel: 7 Emas, 8 Perak Dan 8 Gangsa Di Birmingham Menyamai Edisi 2018

Selepas 11 hari mengerah keringat dan kudrat beraksi di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022, Kontinjen Malaysia berhasil melepasi sasaran 6 pingat emas yang ditetapkan.

Kontinjen Malaysia yang diketuai oleh chief de mission (CDM), Dato’ Shahrul Zaman Yahya melepasinya dengan berjaya membutirkan 7 pingat emas serta menuai 8 pingat perak dan 8 pingat gangsa daripada temasya kali ini.

Pemenang-pemenang pingat emas, perak dan gangsa adalah seperti berikut:

Emas

  1. Mohammad Aniq Kasdan – Angkat Berat 55kg Lelaki
  2. Muhammad Aznil Bidin – Angkat Berat 61kg Lelaki
  3. Badminton – Berpasukan Campuran
  4. Bonnie Bunyau Gustin – Powerlifting 72kg Lelaki
  5. Ng Joe Ee – Gimnastik (Bola)
  6. Ng Joe Ee – Gimnastik (Riben)
  7. Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan – Badminton Beregu Wanita 

Perak

  1. Muhammad Erry Hidayat – Angkat Berat 73kg Lelaki
  2. Ping Pong – Berpasukan Wanita
  3. Nur Ain Nabilah Tarmizi, Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman, Azalina Arshad – Boling Padang Triples
  4. Gabriel Gilbert Daim dan Muhammad Syafiq Puteh – Terjun 3m Papan Anjal Seirama Lelaki
  5. Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee – Terjun 3m Papan Anjal Seirama Wanita
  6. Nur Dhabitah Sabri – Terjun 3m Papan Anjal Wanita
  7. Javen Choong dan Karen Lyne – Ping Pong Beregu Campuran
  8. Ng Tze Yong – Badminton Perseorangan Lelaki

Gangsa

  1. Muhammad Shah Firdaus Sahrom – Keirin Belaki
  2. Siti Zalina Ahmad – Boling Padang Singles Wanita
  3. Amir Daniel Abdul Majeed – Judo 73kg lelaki
  4. Izzah Amzan – Gimnastik (Belantan)
  5. Aaron Chia dan Soh Wooi Yik – Badminton Beregu Lelaki
  6. Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing – Badminton Beregu Campuran
  7. Nur Dhabitah Sabri dan Muhammad Syafiq Puteh – Terun 3m Papan Anjal Seirama Campuran
  8. Aifa Azman dan Rachel Arnold – Skuasy Beregu Wanita

Kutipan ini membolehkan Malaysia menduduki tangga kesepuluh carta kutipan pingat.

Untuk pengetahuan semua, kejayaan mengutip tujuh pingat emas ini menyamai pencapaian Kontinjen Malaysia di temasya edisi lalu, Sukan Komanwel Gold Coast 2018. 

Di temasya ini, Kontinjen Malaysia membawa pulang 7 pingat emas, 5 pingat perak dan 12 pingat gangsa.

Bagaimanapun, pencapaian terbaik Kontinjen Malaysia di temasya ini hadir dengan kutipan 12 pingat emas, 10 pingat perak dan 13 pingat gangsa ketika menyertai Sukan Komanwel Delhi 2010.

Sebagai tambahan, edisi seterusnya bagi temasya ini akan berlangsung di Victoria, Australia pada tahun 2026.

Featured Image: Birmingham 2022

komen