Ranking FIFA: Harimau Malaya Jatuh Satu Anak Tangga – Kini Di Kedudukan Ke-148 Dunia
August 25, 2022 Hafizuddin Omar

Skuad bola sepak kebangsaan yang berjulukan Harimau Malaya kini merekodkan kejatuhan satu anak tangga dalam kedudukan ranking dunia.

Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada hari ini, Malaysia yang menghuni tangga ke-147 sebelum ini jatuh di kedudukan ke-148 dunia.

Berdasarkan pemerhatian, kedudukan ke–147 dunia itu menjadi milik Hong Kong. Kejatuhan Malaysia ini turut terkesan oleh peningkatan sebanyak tiga anak tangga oleh negara benua afrika, Botswana yang kini menghuni tangga ke-146 dunia.

View this post on Instagram

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

Sementara itu, kemaskini terbaru ini menyaksikan Vietnam kekal sebagai negara yang berada di kedudukan paling tinggi – ranking ke-97 dunia – dalam kalangan negara asia tenggara. Kemudiannya, ia diikuti oleh Thailand dan Filipina yang berada di ranking ke-111 dan ke-134 dunia.

Malaysia berpeluang untuk memperbaiki kedudukan ranking dunia dengan mencapai kemenangan dalam kejohanan King’s Cup yang akan berlangsung di Chiang Mai, Thailand pada 20 hingga 26 September kelak.

Kejohanan itu turut disertai oleh Thailand selaku tuan rumah bersama-sama Trinidad & Tobago serta Tajikistan. Untuk makluman, Trinidad & Tobago serta Tajikistan berada di ranking ke-101 dan ke-109 dunia masing-masing.

Sebagai tambahan, kemaskini ranking dunia yang berikutnya oleh FIFA akan dilakukan pada 6 Oktober 2022.

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen