Artikel

Perak FC Jadi Anak Syarikat Milik Penuh XOX Berhad

Syarikat pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO), XOX telah menyelesaikan pengambilalihan kelab yang beraksi dalam saingan Liga Premier, Perak FC.

Menurut kenyataan rasminya, pengambilalihan Perak FC Sdn Bhd itu diselesaikan melalui anak syarikatnya, XOX Pro Sport Sdn Bhd sekaligus menjadikannya skuad berjulukan The Bos Gaurus ini syarikat milik penuh XOX Bhd.

Sehubungan itu, Lembaga Pengarah Eksekutif XOX memaklumkan menyerahkan tanggungjawab kepada pengurusan Perak FC untuk operasi harian yang diketuai oleh Bobbie Farid Shamsuddin. 

Difahamkan pengambilalihan ini selaras dengan strategi XOX Pro Sport untuk menumpukan fokus sepenuhnya pada pemasaran dan pengurusan sukan.

Untuk makluman, pada Mei lalu, XOX memaklumkan kepada Bursa Malaysia mengambilalih 2,500 unit saham biasa yang mewakili 100% kepentingan ekuiti Perak FC dengan nilai RM1Pihaknya mengambil alih pegangan tersebut daripada pemilik terdahulu, Impact Media & Communication.

komen