Bajet 2023: RM20 Juta Untuk Pembangunan Litar Drag – Buka Peluang Belia Terlibat Dalam Sukan Permotoran
October 7, 2022 Hafizuddin Omar

Menteri Kewangan, YB Datuk Seri Utama Zafrul Aziz mengumumkan sejumlah RM20 juta diperuntukkan untuk pembangunan litar drag.

Perkara tersebut dimaklumkannya semasa pembentangan Bajet 2023 yang bertemakan Keluarga Malaysia Makmur Bersama di Dewan Rakyat pada hari ini.

Jelasnya, peruntukan untuk pembangunan ini bagi membuka peluang golongan belia terlibat dalam sukan permotoran di platform yang betul.

Pengumuman ini selaras dengan makluman daripada Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sekitar pertengahan Ogos lalu yang menjanjikan sekurang-kurangnya sebuah litar drag akan dibina di setiap negeri.

Sebagai tambahan, Zafrul turut berkongsikan pada peringkat awal pembentangan bahawa bajet pada kali ini berjumlah RM372.3 bilion – terbesar dalam sejarah negara. 

Komen