Kelantan United Borong Pemain-Pemain ‘Otai’ Hadapi Liga Super 2023
January 5, 2023 Hafizuddin Omar

Khidmat pemain berpengalaman atau ‘otai’ dalam kancah bola sepak tanah air menjadi rencah utama buat Kelantan United FC bagi mengharungi saingan tertinggi negara, Liga Super buat julung kalinya sejak ianya ditubuhkan.

Sekurang-kurangnya lapan pemain berpengalaman dalam kancah Liga Super sebelum ini telah ditandatangani dan diumumkan menyertai skuad berjulukan The Green Deer kendalian Tomas Trucha secara rasmi pada jendela perpindahan kali ini.

Baca: Kelantan United Tampil Logo Baharu Sebelum Sepak Mula Liga Malaysia 2023

Pemain-pemain tersebut ialah Indra Putra Mahayuddin (41 tahun), Syazwan Zainon (33 tahun), Latiff Suhaimi (33 tahun), Khairu Azrin (31 tahun), Fandi Othman (30 tahun), Ilham Amirullah (28 tahun), Asyraaf Omar (28 tahun) dan Fauzan Fauzi (27 tahun).

Selain pemain-pemain ‘otai’, Kelantan United turut merekrut beberapa pemain berusia 20-an serta pemain muda berbakat besar seperti Ariff Ar-Rasyid, Hafiy Haikal, Aqil Hilman, Syazwan Salihin, Tasnim Fitri, Jason Tew, Royyizat Daud dan S. Sharvin.

Setakat ini, Kelantan United belum mengumumkan sebarang kedatangan pemain import baharunya selepas bertindak mengumumkan tidak menyambung khidmat Shukei Fukai, Julius Ofori Ziggy, Njoku Jacob dan Masashi Motoyama pada penghujung tahun lalu.

Featured Image: Malaysian Football League

Komen