Artikel

Sooka Tawar ‘Pas Single Match’ Liga Malaysia Pada Harga Pengenalan RM4.90

Bagi para peminat bola sepak tempatan yang tidak melanggan Astro serta tidak berniat untuk melanggan Astro mahupun NJOI, saingan Liga Malaysia 2023 juga boleh ditonton menerusi servis dan aplikasi penstriman, sooka.

Menerusi siaran akhbar yang diedarkan, terdapat empat empat tawaran buat para peminat bola sepak tempatan untuk menonton saingan Liga Malaysia 2023 menerusi servis dan aplikasinya. 

Pertamanya, sooka menawarkan Pas Single Match pada harga pengenalan RM4.90 bagi setiap perlawanan.

Keduanya, sooka menawarkan pakej bulanan yang diberi nama Pas Liga Malaysia dengan harga RM28.90 bagi setiap bulan.

Seterusnya, terdapat pakej langganan VIP+Sports yang berharga RM41.90 setiap bulan. Pakej ini membolehkan pelanggan untuk mengakses semua kandungan sukan termasuk Liga Malaysia dan semua kandungan hiburan melalui telefon mudah alih.

Akhir sekali, sooka turut menawarkan pakej TV VIP dengan harga langganan sebanyak RM62.90 bagi setiap bulan. Melalui pakej ini, pelanggan akan diberikan akses sooka melalui TV skrin besar serta satu akses mudah alih terhadap semua kandungan sukan termasuk Liga Malaysia dan juga hiburan.

Sebagai tambahan, pihaknya memaklumkan kandungan Liga Malaysia sedia untuk dibeli bermula pada 23 Februari kelak – sehari sebelum berlangsungnya Perlawanan Sumbangsih merangkap perlawanan pertama Liga Super melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC.

Baca: Astro Tambah Dua Saluran Sukan Untuk Liga Malaysia – Arena Bola & Arena Bola 2

komen