Artikel

Safee Sali Bakal Lancar Rancangan ‘Sports Tarik’ Di Youtube, Hasilkan Dokumentari & Tubuh Akademi

Pemenang anugerah Kasut Emas Piala AFF 2010, Safee Sali bakal melancarkan sebuah rancangan yang berjudul ‘Sports Tarik’ yang akan dihoskan oleh dirinya sendiri menerusi platform Youtube.

Perancangan terbabit diumumkan oleh Safee selepas mengumumkan persaraannya sebagai pemain profesional selepas hampir dua dekad berkecimpung dalam dunia bola sepak, pada hari ini.

Mengulas lanjut mengenai rancangan terbabit, ianya akan mengupas mengenai topik-topik, pandangan dan personaliti yang menarik dalam dunia sukan.

Baca: Safee Sali Umum Persaraan Pada Usia 39 Tahun

Safee berharap rancangan ‘Sports Tarik’ itu dapat memberi isi dan kandungan yang bernilai serta dapat mengeratkan hubungannya dengan peminat.

Selain itu, Safee juga dalam usaha untuk menghasilkan sebuah dokumentari bertajuk ‘SEPULUH’ yang akan memaparkan kehidupan dan kerjaya bola sepaknya.

Difahamkan dokumentari itu bukan sahaja menceritakan tentang pencapaian Safee tetapi turut menyelitkan kehidupan peribadinya dan watak-watak penting yang telah menyokong sepanjang perjalanan kehidupannya.

Antara lain yang akan dirancangnya setelah bersara daripada bermain bola sepak secara profesional adalah menubuhkan sebuah akademi yang bertujuan untuk membangunkan bakat-bakat anak muda terhadap bola sepak dalam negara.

Featured Image: PFA Malaysia

komen