Sekiranya terdapat negeri yang menolak peruntukan naik taraf padang atau secara khususnya penukaran rumput kepada jenis zeon zoysia oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sebuah kelab komuniti yang berpangkalan di Terengganu iaitu Kerteh FC memohon peruntukan itu disalurkan kepada Kerteh Sports City.
Untuk makluman, Kerteh Sports City merupakan sebuah projek yang diusahakan oleh pemilik Kerteh FC iaitu KAL Services Sdn Bhd bersama beberapa pelabur bagi menaik taraf Stadium Mini Kertih serta mengadakan beberapa fasiliti, kemudahan sukan serta ruang komersil di kawasan sekitarnya.
Ketika ini, projek yang dimulakan sekitar 2021 ini baru sahaja menyiapkan naik taraf padang di stadium mini dengan menggunakan rumput sintetik serta memasang lampu limpah bagi kegunaan pada waktu malam.
The future project of @KSportsCity x Majlis Perbandaran Kemaman.#TheOilers | #SatukanSuara pic.twitter.com/w6iXkY7ump
— Kerteh FC (@KertehFC) March 31, 2021
Baca: Kerteh Sports City Turut Mempunyai Gelanggang Futsal, Badminton & Medan Selera
“Salam sejahtera YB @hannahyeoh, ada 3 lagi pada berkeluasan standard (piawaian) FIFA dalam perancangan kami untuk dibuat di @KSportsCity.”
“Kalau ada negeri yang tak mahu, boleh juga divert (salur) peruntukan tersebut kepada kami untuk pembangunan padang di sini.” tulis kelab berjulukan The Oilers itu menerusi akaun Twitter rasmi mereka.
Selamat Sejahtera YB @hannahyeoh, ada 3 lagi padang berkeluasan standard FIFA dalam perancangan kami untuk dibuat di @KSportsCity.
Kalau ada negeri yang tak mahu, boleh juga divert peruntukan tersebut kepada kami untuk pembangunan padang disini. 🙏🏻☺️ https://t.co/C1D6Mcbif9 pic.twitter.com/aMTgQSub4X
— Kerteh FC (@KertehFC) March 8, 2023
Menteri KBS, YB Hannah Yeoh pada Selasa lalu berkongsikan kepada media bahawa kementeriannya menawarkan peruntukan melalui dana geran padanan kepada setiap negeri untuk menaik taraf padang bola sepak terpilih kepada menggunakan rumput jenis zeon zoysia.
Namun begitu, peruntukan terbabit hanya untuk kos penanaman rumput sahaja. Sebelum KBS memberikan peruntukan terbabit, pihak negeri perlu menyelenggara terlebih dahulu padang dipilih untuk memastikan saliran air dalam keadaan baik.
Selain itu, penyelenggaraan tahunan padang berkenaan itu pula akan menjadi tanggungjawab negeri atau pasukan bola sepak yang menggunakannya masing-masing.
Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Segambut turut mendedahkan idea itu datangnya daripada pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ).
Difahamkan, perkara ini dicadangkan bagi memastikan lebih banyak padang yang berkualiti di Malaysia.
Akan tetapi, TMJ dalam satu kenyataan media mendedahkan terdapat beberapa pasukan yang tidak berminat dan tidak mahu mengeluarkan wang untuk penjagaan padang meskipun ianya merupakan perkara yang penting dalam bola sepak. Tunku Ismail memaklumkan kos penyelengaraan padang adalah sekitar RM240,000.
I would like to commend the initiative by the Youth and Sports Minister YB Hannah Yeoh and the Ministry (KBS) to ensure stadiums in Malaysia have good football fields.
[1/7] pic.twitter.com/nieAcDaIyK
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) March 8, 2023