Artikel

Sertai #SnapdragonKickUps & Berpeluang Memenangi Tiket Menonton Man Utd vs Wrexham Di San Diego

Qualcomm Technologies Inc. membuka peluang kepada para peminat Manchester United (Man Utd) di Malaysia untuk memenangi tiket perjalanan VIP bagi menyaksikan skuad berjulukan The Red Devils menentang Wrexham AFC di Stadium Snapdragon, San Diego pada bulan Jun nanti.

Untuk memenangi hadiah tersebut, anda hanya perlu menyertai Cabaran Instagram Reels #SnapdragonKickUps (#SnapdragonKickUps Instagram Reels Challenge). Langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah: 

  • Ikuti akaun rasmi Instagram Snapdragon Malaysia
  • Rakam video pendek anda menimbang bola (juggling)
  • Muat naik video tersebut di Instagram dengan tanda pagar #SnapdragonKickUps
  • Tag akaun Instagram @Snapdragon_Malaysia dan seorang rakan anda

Baca: Manchester United Bakal Hadapi Kelab Milik Ryan Reynolds di Stadium Snapdragon

Cabaran ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan ianya bermula dari sekarang sehingga 31 Mei 2023. Pemenang akan diumumkan pada 1 Jun kelak dengan hadiah merangkumi tiket perlawanan, tiket penerbangan pergi balik, hotel penginapan sepanjang berada di sana dan sebuah telefon pintar yang dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy.

Untuk makluman semua, skuad bimbingan Erik Ten Hag akan bertemu Wrexham kepunyaan bintang Hollywood, Ryan Reynolds dalam satu perlawanan persahabatan pramusim pada 25 Julai 2023.

komen