Pelumba Red Bull Racing Honda RPBT, Max Verstappen berada dalam kelas yang tersendiri setelah memenangi tujuh daripada sembilan perlumbaan bagi saingan Formula One (F1) pada musim ini.
Terbaharu, pelumba kelahiran Belgium itu menjuarai GP Austria selepas menamatkan perlumbaan 71 pusingan selama 1 jam 25 minit dan 33.6 saat yang menyaksikan dirinya mengumpul 26 mata kejuaraan.
Secara keseluruhan, Verstappen mengumpul 34 mata di Austria termasuk lapan mata yang dipungut dalam perlumbaan pecut sekaligus menambah koleksi mata keseluruhan buat juara bertahan itu menjadi 229 mata.
DRIVER STANDINGS 📊
Leclerc moves past Russell 📈
Verstappen extends his championship lead 👏#AustrianGP #F1 pic.twitter.com/GfwFVzpvRB
— Formula 1 (@F1) July 2, 2023
Rakan sepasukan, Sergio Perez kini di tempat kedua dengan 148 mata hasil dua kejuaraan mengatasi Verstappen di Arab Saudi dan Azerbaijan dan diikuti sorang lagi pelumba Sepanyol, Fernando Alonso di tempat ketiga dengan 131 mata.
Sebelum ini, Verstappen telah berjaya menyamai rekod 41 kejuaraan mendiang Ayrton Senna di GP Kanada yang meletakkan dirinya dalam kelompok lima pelumba terbaik dengan kemenangan GP terbanyak.
Dominasi Verstappen serta Perez turut menyaksikan pasukan Red Bull Racing Honda RPBT mendahului carta pengeluar F1 dengan kutipan 377 mata kejohanan.
Bagaimanapun, saingan musim ini masih berbaki sebanyak 13 perlumbaan dan ianya tempoh yang masih panjang perlu diharungi oleh Verstappen samada dapat mempertahankan kejuaraannya atau dirampas oleh Perez mahupun Alonso pada penghujung musim nanti.
Featured Image: Formula 1