Stadium Merdeka Bakal Dibuka Semula Pada Suku Pertama 2024
August 20, 2023 Aman

Stadium Merdeka merupakan salah satu mercu tanda ikonik di tengah bandar raya. Stadium berkenaan telah ditutup sejak 2016 yang lepas, dan kini hadir berita gembira menyatakan stadium berkenaan akhirnya akan dibuka kepada umum pada suku pertama 2024 kelak.

Stadium Merdeka berkapasiti 20,000 tempat duduk tersebut kelak akan dihidupkan dengan pelbagai aktiviti sukan, acara warisan dan juga gaya hidup yang telah dirancang. Stadium tersebut juga akan ditawarkan untuk diadakan sebarang acara sukan melibatkan sekolah – selari pengumuman kerajaan sebelum ini.

Stadium Merdeka pada awalnya telah dimulakan pembinaan pada 1956, dan selesai dibina setahun selepasnya. Ia turut menjadi lokasi bersejarah apabila Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Malaysia pada tanggal 31 Ogos 1957.

Stadium Merdeka yang dibuka semula ini kelak akan mempunyai akses mudah apabila Menara Merdeka 118 siap dibina, selain beberapa bangunan baharu juga akan dibina berdekatan, termasuk Masjid Merdeka.

[Gambar Stadium Merdeka oleh CEphoto, Uwe Aranas]

Komen