Bekas pelakon yang kini merupakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, YB Datuk Khaidirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira Abu Zahar menjadi muka baharu yang membarisi Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) bagi penggal 2023-2026.
Beliau yang juga merupakan Timbalan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET dipilih untuk menyandang jawatan Naib Presiden selepas berlangsungnya Kongres Tahunan MAFA Kali Ke-67, semalam.
Selain Dira, Datuk C. Revindran juga menjadi muka baharu yang mengisi jawatan Naib Presiden disamping Datuk Haji Fadzil A. Bakar kembali semula ke posisi tersebut. Manakala Datuk Khairi Anuar Ahmad pula mengekalkan kerusinya.
Baca: Ketua Menteri Melaka Automatik Sandang Jawatan Presiden MAFA
Sementara itu, jawatan Presiden MAFA kekal dipegang oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Kongres turut mengumumkan bekas Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) dan Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC (MUFC), Datuk Mohd Saiful Mat Sapri diangkat sebagai Timbalan Presiden MAFA menggantikan Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.
Pada kongres itu juga, turut diadakan Simbolik Pelancaran MAFA Century 100th Years Clean Eco Fun Run & Fun Ride yang disempurnakan oleh Ab Rauf Yusof dengan pelancaran baju-T program berkenaan bersempena 100 tahun penubuhan MAFA yang ditubuhkan pada tahun 1924.
Senarai penuh barisan Exco MAFA penggal 2023-2026 adalah seperti berikut:
Featured Image: Facebook Dira Abu Zahar