Artikel

Piala Asia 2023 Implemen Teknologi Ofsaid Separa Automatik

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan teknologi ofsaid separa automatik (SAOT) akan dimplemenkan dalam saingan Piala Asia 2023 yang berlangsung di Qatar kelak.

Dimaklumkan, teknologi yang mengesan kedudukan ofsaid pemain dengan menghantar isyarat kepada pegawai video di dalam bilik operasi sebelum berkomunikasi kepada pengadil perlawanan ini akan digunakan dalam kesemua 51 perlawanan Piala Asia yang akan bermula 12 Januari hingga 10 Februari nanti.

Baca: Perlawanan Super Cup & UCL 2022-23 Akan Guna Teknologi Ofsaid Separa Automatik – SAOT

Penggunaan SAOT yang bertujuan untuk menambah baik proses membuat keputusan ini dimaklumkan oleh AFC selaku penganjur menerusi satu siaran media di laman sesawang rasminya dan dikongsikan di pelbagai platform media sosialnya, semalam.

Untuk makluman, penggunaan SAOT ini juga merupakan pelengkap kepada penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) secara sepenuhnya pada kejohanan Piala Asia kali ini.

Sebagai rekod, teknologi VAR pada kejohanan Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) hanya digunakan bermula peringkat suku akhir sahaja.

Sebagai tambahan, keputusan AFC untuk menyertakan penggunaan SAOT secara sepenuhnya menjadikan mereka sebagai konfederasi yang pertama mengimplementasikan teknologi ini dalam kejohanan bola sepak benua melibatkan skuad senior kebangsaan lelaki.

Featured Image: AFC

komen