Liga Malaysia 2024-25 Bermula Pada 3-5 Mei
December 22, 2023 Hafizuddin Omar

Malaysian Football League (MFL) mengumumkan saingan Liga Malaysia 2024-25 akan bermula pada 3hb-5hb Mei 2024.

Pembukaan musim baharu itu akan bermula dengan perlawanan merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah serta aksi minggu pertama Liga Super.

Saingan musim hadapan yang berlangsung sekitar sebulan dan setengah itu akan menutup tirainya pada 20hb April 2025.

Kemaskini: Sepak Mula Liga Malaysia 2024-25 Dianjak Ke 10-12 Mei

Tarikh-tarikh tersebut diumumkan MFL selaku penganjur menerusi satu kenyataan rasmi yang disiarkan di laman sesawang rasmi serta dikongsikan di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, MFL turut mengumumkan jendela perpindahan pertama (first transfer window) bagi musim tersebut akan bermula dari 3hb Februari hingga 26hb April 2024 – selama 12 minggu.

Untuk makluman, MFL melakukan transisi penganjuran Liga Malaysia ini supaya selari dengan kalendar pengajuran pertandingan-pertandingan yang dijalankan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu dari musim luruh hingga musim bunga sepertimana kebanyakan saingan bola sepak di benua eropah.

Featured Image: Malaysian Football League

Komen