Artikel

Kenali Pengadil Perlawanan Malaysia vs Jordan – Mohammed Abdulla Hassan

Perlawanan pertama skuad bola sepak kebangsaan bertemu Jordan di pentas Piala Asia 2023 akan diadili oleh Mohammed Abdulla Hassan Mohamed iaitu pengadil dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) sepertimana dimaklumkan oleh penganjur.

Pengadil yang yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-45 pada 2 Disember lalu telah bertugas sebagai pengadil antarabangsa sejak tahun 2010.

Antara perlawanan berstatus besar pernah diadilinya ialah pertemuan melibatkan Al Ahly bertemu Bayern Munich (Piala Dunia Kelab FIFA 2021), Vietnam melawan Jepun (Piala Asia 2019), Perancis menentang Peru (Piala Dunia 2018) serta beberapa perlawanan lagi. 

Abdullah turut menjadi pengadil tetap di pertandingan elit bagi kelab-kelab asia iaitu Liga Juara-Juara AFC (ACL) sejak musim 2012.

Baca – Malaysia vs Jordan: 16 Lokasi Tayangan Skrin Besar Percuma Seluruh Negara

Menariknya, Abdullah juga merupakan pengadil yang bertugas untuk mengadili perlawanan melibatkan wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika berkunjung ke Stadium Olahraga Todoroki menentang Kawasaki Frontale pada aksi kelima Kumpulan I.

Perlawanan yang berakhir dengan keputusan JDT tumpas 0-5 di tangan Kawasaki Frontale itu turut dihiasi dengan layangan tujuh kad kuning daripada Abdulla.

Lima pemain JDT yang menerima layangan kad kuning itu ialah Hong Wan, Jordi Amat, Feroz Baharudin, Afiq Fazail dan Shahrul Saad. Sementara itu, dua pemain Kawasaki yang menerima nasib yang sama ialah Takuma Ominami dan Daiya Tono.

Pada aksi Malaysia menentang Jordan kelak, Abdullah akan dibantu oleh dua rakan senegaranya iaitu Mohamed Ahmed Yousef Abdulla Alhammadi dan Hasan Mohamed Hasan Abdulla Alhammadi selaku penjaga garisan 1 dan 2 masing-masing.

Pengadil keempat pula ialah Mohammed Khled S Al Hoish dari Arab Saudi manakala pengadil simpanan ialah Kamikawa Toru dari Jepun.

Featured Image: AFC

komen