Artikel

Malaysia vs Jordan: 16 Lokasi Tayangan Skrin Besar Percuma Seluruh Negara

Para penyokong skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya akan dapat menyaksikan pertarungan pertama peringkat Kumpulan E menentang Jordan dalam saingan Piala Asia 2023 menerusi tayangan skrin besar di beberapa lokasi seluruh negara.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) memaklumkan pihaknya menyediakan 16 lokasi tayangan skrin besar bagi memberikan peluang buat ‘ekor’ turun beramai-ramai menyaksikan Harimau Malaya beraksi menentang pasukan yang berada di tangga ke-87 dunia tersebut.

16 lokasi yang disediakan itu termasuk tayangan skrin gergasi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) manakala 15 lokasi lain adalah seperti berikut:

  • Selangor: Laman MBPJ, Petaling Jaya
  • Putrajaya: Dataran Putrajaya, Presint 3
  • Perlis: Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar
  • Kedah: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
  • Pulau Pinang: Padang Kota, Georgetown

Baca: KBS Sedia Tayangan Skrin Gergasi Aksi Harimau Malaya Di SNBJ – Masuk Percuma

  • Perak: Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya
  • Negeri Sembilan: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi
  • Melaka: Dataran Pahlawan, Banda Hilir
  • Johor: Kawasan Rekreasi Kampung Dato’ Onn, Johor Bahru
  • Kelantan: Dataran MARA, Kota Bharu

Baca: Penyerang Sayap Ligue 1 Perkuatkan Jordan Untuk Hadapi Malaysia, Korea & Bahrain

  • Terengganu: Aras Bawah, Kompleks Paya Bunga Sentral, K. Terengganu
  • Pahang: Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1
  • Sarawak: Kuching Amphitheatre
  • Sabah: Padang Merdeka, Kota Kinabalu
  • Labuan: Dataran Perbadanan Labuan

Kemasukan ke setiap lokasi tayangan besar ini adalah percuma selain para penyokong yang hadir akan disajikan dengan pelbagai aktiviti sampingan yang menarik.

Sepak mula melibatkan skuad Harimau Malaya menentang Jordan yang berlangsung di Stadium Al Janoub – berkapasiti 40,000 tempat duduk – dijadualkan jam 1.30 pagi pada 16 Januari.

Featured Image: AFC

komen