Pengurus kelahiran Portugal yang berusia 60 tahun, Jose Mourinho kini sedang dalam fasa menganggur.
Ini berikutan kelabnya, AS Roma yang beraksi dalam kancah Serie A mengumumkan melepaskan Mourinho bersama-sama staf kejurulatihannya berkuat kuasa serta-merta.
Menerusi makluman itu, pemilik AS Roma iaitu Dan Friedkin dan Ryan Friedkin percaya perubahan segera perlu dilakukan untuk kebaikan buat kelab berjulukan Giallorossi.
Untuk makluman, perpisahan ini hadir selepas AS Roma kendalian Mourinho hanya melakar satu kemenangan daripada enam perlawanan terakhir dalam saingan Serie A.
L’AS Roma annuncia che José Mourinho e i suoi collaboratori tecnici lasceranno il Club con effetto immediato.
Ulteriori aggiornamenti riguardo la nuova guida tecnica della Prima Squadra saranno comunicati a breve.
📄 https://t.co/04lO7mZhSn#ASRoma pic.twitter.com/mdUQLupmAy
— AS Roma (@OfficialASRoma) January 16, 2024
Baca: Penyerang Legenda Man Utd Hilang Mata Pencarian
Bukan itu sahaja, AS Roma turut terkeluar daripada saingan Coppa Italia apabila disingkirkan seteru setempat, Lazio pada peringkat suku akhir, minggu lalu.
Pada saat ini, AS Roma sedang menghuni tangga kesembilan Serie A dengan kutipan 29 mata daripada 20 perlawanan yang telah dilalui sepanjang musim 2023-24.
Sebagai rekod, Mourinho mula dilantik sebagai pengurus AS Roma pada Mei 2021 – pengurus ke-60 dalam sejarah AS Roma.
Grazie da parte di tutti noi all’AS Roma, José! #ASRoma pic.twitter.com/3uwjHlEU1f
— AS Roma (@OfficialASRoma) January 16, 2024
Baca: Lantik Mourinho, Conte Sebagai Jurulatih Satu Kesilapan, Kata Pengerusi Spurs
Sepanjang bersama AS Roma, Mourinho telah mengemudi kelab berpangkalan di Kota Rom itu muncul juara edisi pertama Liga Konferens Europa UEFA (UECL) – saingan divisyen ketiga antarabangsa di benua eropah – pada musim 2021-22.
Selain itu, Mourinho turut memacu AS Roma muncul naib juara Liga Europa musim 2022-23.
Sementara itu, AS Roma memaklumkan akan mengumumkan perkembangan mengenai staf kejurulatihan skuad utamanya dalam masa terdekat.
Featured Image: Tottenham Hotspur