YSCC Yokohama Pinjam Luqman Sehingga 1 Jan 2025
January 16, 2024 Hafizuddin Omar

Khidmat penyerang skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23), Luqman Hakim Shamsudin kini dimiliki oleh kelab bola sepak berpangkalan di negara matahari terbit, Yokohama Sports & Culture Club (YSCC Yokohama).

Kelab yang beraksi dalam kancah ketiga bola sepak Jepun, J3 League itu tampil mengumumkan mengikat khidmat Luqman kelahiran Kota Bharu, Kelantan menerusi satu kenyataan rasmi, pada hari ini.

Menurut YSSC, khidmat Luqman yang merupakan penjaring terbanyak Kejohannan AFC B-16 2018 diikatnya secara pinjaman sehingga 1 Januari 2025 daripada kelab induknya, KV Kortrijk.

Baca: KV Kortrijk Kekal Milik Orang Malaysia

“Saya sangat gembira dapat menandatangani kontrak bersama YSCC.”

“YSCC merupakan kelab yang hebat dan saya berasa sangat selesa di sini,”

“Saya tidak sabar untuk memulakan cabaran baharu dan bermula saat ini saya akan lakukan yang terbaik untuk kelab,” ujar Luqman sepertimana dikongsikan di laman sesawang rasmi YSCC.

Untuk makluman semua, Luqman menyertai YSCC setelah menamatkan tempoh pinjamannya selama semusim bersama kelab yang beraksi dalam divisyen kedua bola sepak Iceland iaitu Njardvik FC.

Sebagai tambahan, YSCC yang disertai Luqman ini menamatkan kempen J3 League musim lalu di tangga ke-12 daripada 20 pasukan yang bertanding.

Baca: Luqman Bersahur Kurma, Roti, Yogurt dan Air di Belgium

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Y.S.C.C. 【公式】 (@yscc_official)

Featured Image: YSCC Yokohama

Komen