Terbuka India: Tang Jie-Ee Wei ‘Pecah Telur’ Bertemu Rivaldy-Mentari
January 17, 2024 Hafizuddin Omar

Beregu campuran No.1 negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei belum pernah merakamkan kemenangan apabila bertemu gandingan Rinov Rivaldy dan Pitha Haningtyas Mentari dari Indonesia di pentas antarabangsa.

Sebanyak tiga pertemuan berlangsung sebelum ini di Malaysia Masters, Terbuka Australia dan Terbuka China sepanjang tahun lalu dan ketiga-tiganya berakhir dengan kekalahan.

Namun begitu, Tang Jie-Ee Wei yang kini menghuni ranking kesembilan dunia berjaya menoktahkan siri kekalahan tersebut apabila melakar kemenangan ketika berentap di pusingan 32 dalam Terbuka India 2024, hari ini.

Baca: Program RTG Senaraikan Tze Yong, Tang Jie-Ee Wei & Skuad Hoki Lelaki

Kemenangan ke atas pasangan No.19 dunia itu hadir menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 14-21, 21-11 dan 21-11 dalam tempoh 55 minit.

Susulan kemenangan ini, Tang Jie-Ee Wei meraih kemaraan ke peringkat pusingan 16.

Menanti mereka di peringkat tersebut adalah salah satu daripada beregu Thailand samada Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran (ranking ke-17) atau Dechapol Puavaranukroh-SapsireeTaerattanachai (ranking ketujuh).

Untuk makluman, pencapaian Tang Jie-Ee Wei pada Terbuka India tahun lalu berakhir pada pusingan 16 sebelum setelah ditumpaskan beregu China, Wang Yi Lyu dan Huang Dong Ping.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen