Terbuka India: Juara Jelajah Dunia Singkir Sze Fei-Izzuddin

January 18, 2024
Badminton

Hafiz Omar

Perjalanan beregu lelaki No.4 tanah air, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin  dalam saingan Terbuka India 2024 menemui titik noktah.

Ini selepas Sze Fei-Izzuddin terpaksa akur disingkirkan oleh juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 iaitu Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi pada peringkat pusingan 16, sebentar tadi.

Yu Chen-Xuan Yi yang kini berada pada tangga kelapan dunia berhasil menumpaskan Sze Fei-Izzuddin menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 19-21, 21-17 dan 17-21.

Ianya berlangsung sengit selama 70 minit sebelum gandingan Yu Chen-Xuan Yi berjaya muncul sebagai pemenang sekaligus menempah kemaraan ke peringkat suku akhir bagi Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 750 ini.

Baca: Beregu Lelaki No.2 Negara Tak Sertai BATC 2024

Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan keempat melibatkan Sze Fei-Izzuddin dan Yu Chen-Xuan Yi di pentas antarabangsa.

Keputusan pada hari ini menjadikan rekod pertemuan antara Sze Fei-Izzuddin dan Yu Chen-Xuan Yu menjadi seimbang dengan dua kemenangan masing-masing.

Pada masa yang sama, kekalahan ini membuatkan Sze Fei-Izzuddin kemarau kemaraan ke pentas suku akhir dalam empat kejohanan terakhir yang disertainya secara berturut-turut.

Sebagai rekod, Sze Fei-Izzuddin dilihat melakar kemaraan ke peringkat suku akhir adalah di kejohanan Korea Masters 2023 awal November lalu.

Sementara itu, Yu Chen-Xuan Yi akan bertemu samada beregu Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik (ranking keempat) atau beregu Jepun, Kenya Mitsuhashi dan Hiroki Okamura (ranking ke-31) di peringkat suku akhir untuk merebut slot ke separuh akhir.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd