Terbuka India: Zii Jia Tak Sangkut Pusingan 16
January 18, 2024 Hafizuddin Omar

Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berhasil meneruskan kempennya dalam saingan Terbuka India 2024 ke peringkat suku akhir.

Pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu memastikan penerusan kempennya setelah berhasil menumpaskan lawannya dari Indonesia, Jonatan Christie dengan bergaya di peringkat pusingan 16, sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut, Jonatan yang menghuni ranking kelima dunia itu ditumpaskan Zii Jia secara “straight set” menerusi skor 21-15 dan 21-13 dalam tempoh masa 46 minit.

Baca: Zii Jia Masuki Kelompok 10 Terbaik

Pada masa yang sama, keputusan pada hari ini meletakkan Zii Jia mendahului rekod pertemuan menentang Jonatan dengan lima kemenangan daripada sembilan pertemuan secara keseluruhan dalam kejohanan antarabangsa kelolaan Persekutuan Badminton Dunia (BWF). 

Sementara itu, di peringkat suku akhir nanti, Zii Jia akan berhadapan salah seorang daripada pemain Jepun iaitu samada Takuma Obayashi atau Kodai Naraoka untuk merebut tempat ke peringkat separuh akhir.

Featured Image: Facebook Victor

Komen