Artikel

BATC 2024: Skuad Wanita Malaysia Sertai Kumpulan Y

Skuad wanita Malaysia akan memulakan kempen Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 daripada Kumpulan Y.

Kumpulan tersebut menyaksikan Malaysia diundi bersama-sama Thailand serta Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Perkembangan itu hadir selepas selesainya majlis pengundian BATC 2024 yang turut disiarkan secara penstriman langsung oleh MSN Selangor dan Badminton Asia menerusi akaun Facebook dan saluran Youtube, pada hari ini.

Baca: BAM Sasar Skuad Negara Ke Peringkat Separuh Akhir BATC 2024

Untuk makluman, Malaysia akan menghadapi saingan BATC 2024 dengan barisan pemain yang terdiri daripada Goh Jin Wei, K. Letshanaa, Wong Ling Ching dan Siti Nurshuhaini Azman.

Turut sama menyertai skuad ini adalah beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan serta empat lagi pemain beregu iaitu Teoh Mei Xing, Go Pei Kee, Low Yeen Yuan dan Tan Zhing Yi.

Sementara itu, keputusan undian pada hari ini menyaksikan Kumpulan W dihuni dua pasukan iaitu China dan India.

Manakala Kumpulan X akan diisi oleh juara bertahan, Indonesia bersama-sama Hong Kong dan Kazakshtan.

Akhir sekali, Kumpulan Z pula dibarisi oleh Jepun, Chinese Taipei dan Singapura.

Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023

komen