Wan Kuzain Kekal Bersama St Loius City 2 – Kontrak 1+1 Tahun
January 30, 2024 Hafizuddin Omar

Pemain tengah kelahiran Amerika Syarikat yang berhasrat untuk menyertai skuad kebangsaan, Wan Kuzain Wan Kamal kekal beraksi dalam kancah bola sepak negara Uncle Sam.

Perkembangan ini hadir setelah kelabnya, St Louis City 2 yang beraksi dalam saingan MLS Next Pro mengumumkan melanjutkan kontraknya selama setahun yang akan mengekalkannya sehingga hujung 2024.

Pada masa yang sama, kontrak pemain kelahiran Amerika Syarikat berdarah Malaysia yang berusia 25 tahun ini turut disertakan dengan pilihan untuk melanjutkan sehingga hujung 2025.

Baca: FAM Sedia Menerima Mana-Mana Pemain Kacukan Berkualiti Termasuk Wan Kuzain

Sepanjang musim lalu, Kuzain merekodkan 28 penampilan disamping menjaringkan lima gol dan menyumbang lima bantuan gol. Rekod jaringannya itu menyamai jumlah gol yang dijaringkan pada musim 2022.

Secara keseluruhannya, Kuzain kini telah mengumpul 11 gol dan mencipta sepuluh bantuan gol daripada 57 penampilan setelah dua musim beraksi bersama skuad St Louis City 2.

Baca: Wan Kuzain Tersenarai Antara 5 ‘Defensive Midfielder’ Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam USL

Sekitar dua minggu lalu, Kuzain memberikan bayangan besar untuk menyertai skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon apabila meninggalkan komen “Soon” pada hantaran yang dilakukan oleh akaun Instagram, @frfuturetalents.

Hantaran itu mempersembahkan statistik lengkap Kuzain sepanjang kariernya setakat ini. Disamping itu, hantaran tersebut turut menyertakan persoalan adakah Kuzain dapat meraih penampilan pertamanya bersama skuad Harimau Malaya pada masa akan datang?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Future Talents 🕵🏻‍♂️ – Scouting Talents (@frfuturetalents)

Featured Image: St Louis City 2

Komen