Artikel

MPFL: Ini Senarai Pasukan Divisyen 1 Musim 2024

Senarai penuh pasukan yang beraksi dalam kancah tertinggi futsal tempatan bagi kategori lelaki diumumkan secara rasmi oleh penganjur, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menerusi perkongsian di pelbagai platform media sosialnya pada hari, saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 1 itu akan disertai oleh lapan buah pasukan.

Senarai pasukan-pasukan yang menyertainya ialah Gombak TOT United FC, Johor Darul Ta’zim (JDT), KL City FC, Pahang Rangers FC (juara bertahan), Sabah FA, Selangor FC, Shah Alam City dan Terengganu.

Baca: Tirai MPFL Divisyen 1 Dibuka Pada 17 Februari, Disertai 8 Pasukan

Untuk makluman, saingan Divisyen 1 ini akan membuka tirainya pada 17 Februari kelak.

Sementara itu, senarai dan jumlah pasukan yang akan menyertai Divisyen 2 masih belum diumumkan secara rasmi oleh FAM setakat ini.

Bukan itu sahaja, tarikh sepak mula bagi saingan yang julung kalinya dilangsungkan bermula tahun ini turut sama belum dikongsikan.

komen