Artikel

Jesse Lingard Kini Milik FC Seoul

Khidmat bekas bintang Manchester United (Man Utd) dan skuad kebangsaan England, Jesse Lingard secara rasminya menjadi milik FC Seoul – kelab yang beraksi dalam kancah K-League.

FC Seoul tampil memperkenalkan pemain tengah menyerang berusia 31 tahun terbabit secara rasmi menerusi pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini, selepas lulus pemeriksaan kesihatan.

“Saya teruja nak bertemu Coach Kim Gi-dong dan memberikan impak kepada pasukan,” katanya seperti dipetik daripada laman sesawang rasmi FC Seoul.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FC SEOUL (@fcseoul)

Sebarang perincian seperti gaji dan tempoh kontraknya tidak dikongsikan oleh kelabnya kepada umum. 

Namun begitu, beberapa laporan antarabangsa mengatakan Lingard menandatangani kontrak selama dua tahun dengan pilihan lanjutan selama setahun bersama FC Seoul.

Baca: Penyerang Legenda Man Utd Hilang Mata Pencarian

Sebelum menyertai FC Seoul, Lingard “menganggur” tanpa sebarang kelab hampir tujuh bulan lamanya selepas dilepaskan oleh Nottingham Forest pada penghujung musim 2023.

Sepanjang tempoh itu, Lingard meluangkan masa dengan berlatih bersama kelab Al Ettifaq di Arab Saudi bimbingan Steven Gerrard selain di West Ham United untuk mengekalkan tahap kecergasannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FC SEOUL (@fcseoul)

Sebagai rekod, bersama kelab berjulukan The Forest, Lingard tampil sebanyak 20 kali namun sekadar menjaringkan dua gol dan mencipta dua bantuan gol sahaja.

Untuk makluman semua, selama 22 tahun bersama Man Utd sejak zaman remajanya, Lingard merekodkan 231 penampilan selain menjaringkan 35 gol dan mencetak 21 bantuan gol.

Bagaimanapun, tempoh panjangnya itu bersama skuad berjulukan Red Devils turut diserikan dengan dipinjamkan kepada beberapa kelab seperti Leicester City, Birmingham City, Brighton & Hove Albion, Derby County dan West Ham United.

Featured Image: FC Seoul

komen